Monday, 30 March 2020

Puisi - 73

Sembunyikan khianatmu,
simpanlah paling tadahmu,
jangan berundur… jangan sesekali!
kerana kau jarum racun yang halus..
dalam kibaran sayap rama-rama,
sungguh sadis permainan yang kau mainkan,
bidak catur yang kau gerakkan,
semua terlaksana dalam perancangan,
konspiarsi yang menyimpan dendam di hati,
Oh! biarlah aku saksikan saat kehancuran itu,
bila tiba masanya… kau ketawa riang gembira,
bertepuk tangan berteriak ceria pengikutmu…
suatu hari nanti kita akan melihat kebenarannya,
suatu hari nanti..!!
suatu hari nanti..!!

-21 Ogos 2013-

https://www.facebook.com/mazurka.martillo/posts/594231217294142

image

No comments:

Post a Comment