kesombongan adalah kekufuran,
nyatalah sebuah kebenaran,
terhapuslah segala kebatilan,
tertegaklah agung kemenangan,
milikku… tiada suatu kemampuan
merampas buas ketamakan,
mahupun panjang angan-angan,
aku adalah super keunggulan,
sungguh, aku terlalu keasyikan
inilah sebuah kenikmatan,
tidak dapat lagi ku ungkapkan,
anugerah hebat tiada tandingan,
syukur ku panjatkan tiada hentian
kepada Tuhan pemilik kekuasaan
mereka yang dungu kekal kebodohan,
degil keras kepala kebingungan,
apa lagi yang membuat keragu-raguan?
dua istilah yang saling bertindihan,
menjadi sebab mereka dengan penentangan
yang hanya jaminan kekalahan
menghinakan mereka berpanjangan
sedang aku langsung membolot kejayaan,
berkat kefahaman yang Dia kurniakan,
tiadalah gertak mereka menjadi halangan..
semakin mereka memarakkan kedengkian
semakin menyerlah ku merampas kejuaraan,
teruslah wahai seteruku bersama pengingkaran,
kejarlah aku dengan penuh kepantasan
atau perlahan-lahan kau bercakaran,
di mana sahaja tempat keberadaan
kekallah aku mulia dalam kedaulatan,
dan kau terbenam dalam kesengsaraan
-28 Ogos 2019-
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2896228173761090&set=a.344595828924350&type=3

No comments:
Post a Comment