dikelilingi bingung dan keliru,
dihambar duka dan sedih,
meraba dalam kegelapan,
merentasi gelombang yang bergelora,
menerpa segala rasa takut dan kecewa,
jeritan jiwa buatku sengsara,
pilu di hati dahaga luka,
kerana diri ini sudah sebati
warna-warna ilusi yang tercipta,
menghembuskan nafas yang sesak,
ah! aku sudah letih untuk menangis,
aku juga bosan dipermainkan..
mengapa dan kenapa?
aku terus bertanya…. terus merenung…
-14 Disember 2014-
https://www.facebook.com/mazurka.martillo/posts/851247868259141

No comments:
Post a Comment