Monday, 30 March 2020

Puisi - 68

dan mendatanglah geruman guruh,
membakar keheningan di siang hari,
malam ini mungkin tidak menyaksikan purnama,
kerana dunia ini sudah pun bergelap,
tanpa suria yang menerangi,
awan mendung yang menutupi,
hanya menghiasi sebuah ketakutan,
sangkanya kita tidak lagi menikmati….
kehidupan yang diimpikan ini,
tetapi kau hujan…. adalah segala-galanya,
cinta abadi…
terukir di sini… bergelumang seluruh lautan,
sebab kau teristimewa,
dari senyuman pelangi yang kau bingkiskan…
itulah hadiah berharga buat kami,
selamat tinggal hai diri ini yang bermimpi….
aku bangun menuju realiti……..

-7 September 2014-

https://www.facebook.com/mazurka.martillo/posts/798494160201179

image

No comments:

Post a Comment