Sunday, 29 March 2020

Puisi - 5

aku di sini sentiasa bermadah,
dalam munajat yang kelu,
kerana aku bukanlah apa-apa,
tidak punya untuk dipersembahkan,
dan aku bukanlah sesiapa,
supaya aku dihargai dan dibelai,
hai Tuhan… adakah ini sebuah dilemma?
atau depressi yang sangat menyeksa?
jiwa dan hatiku begitu tertekan,
dan aku begitu dahaga sekali…
hujan dan salji tidak mampu berikanku damai,
apakah aku terbawa-bawa dalam sebuah kegelapan?
berlayar dalam lautan kesesatan,
mencari yang tidak punya apa-apa makna?
oh Tuhan! jangan biarkan aku berputus asa…
dan hilang dalam kuburan yang penuh sepi,
tanpa-Mu… hidupku hanyalah angan-angan
yang penuh khayalan…

-5 Disember 2014-

https://www.facebook.com/mazurka.martillo/posts/846006132116648

image

No comments:

Post a Comment