Aku berseloka :
puja pujaan ke atas diriku bermegahan,
sorak gembira menyambut sang narsisistik
teramat agung oleh daku yang tidak tertewas
si bongkak yang mewah kaya kebesarannya,
tidak tertanding kehebatan yang menjangkau
sesiapa sahaja yang cuba menyaingiku
pastilah dia menemukan kelelahan yang amat,
bahkan dia merugikan diri sendiri yang terpinggir,
untuk bertekad menjadi si hina nista,
lalu bertambahlah kehinaan dirinya
di hadapanku yang sentiasa luhur kedudukannya,
tidak terungkap buak keasyikanku ini
sebagaimana tidak terperinya supraketinggianku
menikmati karunia yang sungguh mulia,
maha luhur untukku.. maha agung untukku!
-29 September 2017-
https://www.facebook.com/mazurka.martillo/posts/1929505740433343

No comments:
Post a Comment