Sunday, 29 March 2020

Puisi - 37

duduk bersimpuh di atas sejadah,
setelah rakaat tahajjud dilaksana,
di malam yang penuh sunyi dan seri,
menarik dan menghembus nafas dengan tenang,
perlahan-lahan menyelam dalam hati,
biar jiwa yang kekacauan ini berdiam,
kerana hidup ini penuh dengan gelora,
mendekati mati bagaikan azab,
dan melarikan diri seperti kedekatan pada kecelakaan,
ingin sahaja aku meneruskan mimpi tidurku,
sehingga azan Subuh menyeru bangun,
aku mahu melupakan segala realiti,
dan terus meneguk khayalan yang mengasyikkan,
aku tidak mampu menempuh dugaan ini,
mencekik aku sehingga sesak dadaku,
kalaulah siang hari nanti adalah hari yang baik,
maka aku harap aku dapat melihat lagi,
matahari yang menerangi kegelapan bumi,
atau hujan yang menciptakan pelangi,
semoga kehidupan aku ini penuh makna….
dan memenuhi seluruhnya dengan rahmat…

-22 Oktober 2014-

https://www.facebook.com/mazurka.martillo/posts/823199821063946

image

No comments:

Post a Comment