hai aku yang penuh angkuh,
meninggi di sini di langit yang megah,
bertakhta di mahligai yang besar,
bermahkotakan emas dan perak,
memuji diri yang sangat gagah,
karna musuh hanya tahu sembang,
dan lawan tidak punya daya,
mereka sangka mereka kuat,
walhal mereka cuma sombong,
mengangkat dengan takabbur,
mereka yang isytiharkan lawan terhadap angkuhku,
siap sedialah untuk dikalahkan…
kerana aku tidak akan dikalahi,
melainkan kau dapat menusuk lembing dan pedang,
ke jantungku yang berdegup kencang…
ku dahagakan darah merah yang pekat,
ingin bermandikan air mata yang hina dina,
campaklah aku ke mana sahaja yang kau suka,
sebab aku terlalu mengimpikannya…
sang bisa yang buat ku terluka…
terhiris dalam kenikmatan!

No comments:
Post a Comment