Monday, 30 March 2020

Puisi - 127

Mimpi..
biarlah menjadi tatapan sendiri,
merenungnya dengan mendalam,
dari kegelapan yang nyata,
disuluh pula cahaya yang terang,
bawaan ilusi yang menjelma,
menarik jiwa bermain alamnya,
tanpa lelah mahupun letih,
tetap jua meneruskan permainannya,
yang entah penghujungnya,
mungkin sahaja terperangkap di sini,
buat selamanya….
tawakkal yang penuh diserah semuanya,
barulah mengerti akan insan ini,
penuh tipu daya dalam jaga,
beringat semula apa yang lupa,
mengajar apa yang tidak tahu,
memahamkan apa yang rumit,
biarlah Tuhan menentukan segalanya..
untuk diri yang penuh pendosa,
terpinggir bersama kehinaan..
menantikan hukuman keadilan,
agar menjadi hamba yang bertaqwa….

-11 Mei 2014-

https://www.facebook.com/mazurka.martillo/posts/732888053428457

image

No comments:

Post a Comment