Monday, 30 March 2020

Puisi - 123

Berlari ke batin,
melarikan diri dari realiti,
seksaan jiwa yang meruntun,
mengoyak kepingan hati,
sehingga terburai segala isi,
hilang waras dalam cahaya,
menyusul kegelapan menyapa,
membawa hanyut dalam kepalsuan,
biar ilusi menjadi tegukan,
dalam tarian yang berirama,
paluan kompang membawa warna,
seluruh daya menggenggam pautannya,
tali yang panjang mengangkat beban,
bersembunyi sebalik zahir,
tersurat segala yang tersirat,
tersingkap semua yang nyata,
kenyataan yang berbohong,
mencurah bak sungai yang deras,
disambar dengan kemurungan,
lalukan sahaja kepahitan yang meresap,
ke dalam diri yang musnah…

-11 Mei 2014-

https://www.facebook.com/groups/1996983967015335/permalink/2157870727593324/

image

No comments:

Post a Comment