dan aku berikan segala cintaku padanya,
tetapi dia tidak pernah sedikit pun
beri belas kasihan pada aku,
kecuali sedikit
sekadar untuk mempermainkan aku,
hanya sandiwara untuk aku terus diperdaya
aku korbankan diri aku untuknya,
tetapi dia jarang sekali nak endahkan aku,
aku puja puji keindahan dan kelazatannya,
tetapi aku seperti kerikil
yang ditendang dan tidak dilayan,
aku terus menerus menaruh kepercayaan padanya,
suatu hari cintaku terbalas jua,
tetapi dia yang musnahkan harapan
dan ruang kemaafanku untuknya
aku duduk di penjuru tebing tinggi,
aku berkata dan aku meronta menangis
“aku nak mati, aku dah tak ada apa untuk hidup ini”
“buat apa teruskan hidup yang terus ditindas merana?”
“biarlah aku mati di sini”, “biarkan semua pergi”
lalu, datanglah suatu tekad
ia menyapa dan membelai aku yang berduka lara
lalu, sehingga aku mengazamkan diri untuknya
bahawa aku akan teruskan kehidupan ini
tanpa ada makna dan tanpa ada penghayatan,
bagai mayat hidup hilang pergantungan dan arah,
kecewa bersama putus asa berpanjangan…
terbuai dalam nestapa dan hati nan pecah
tangisan air mata dan luka sanubari yang berdarah…
relakan apa kan mahu menjadi, biarlah terjadi..
aku dah tak ada bahagian untuk hidup ini…
aku cumalah…. sang mundar-mandir
dalam gelora kemurungan…
-24 April 2018-
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2669721139745129&set=pb.100001218067654.-2207520000.1558171677.&type=3&theater
No comments:
Post a Comment