Monday, 30 March 2020

Puisi - 105

ketika aku bertanya
apa makna hidup ini?
di malam gelap,
purnama nan ia suram,
tidak kesampaian
cahaya ingin ku gapai
berselimutkan sepoi bayu
dan suasana hening
sungguh ku terasa sepi,
kenapa mesti aku
menghadap pahit duka
membawaku derita
menyeksa jiwa dan ragaku,
apa lagi tersisa untukku
agar ku mengerti bahawa
masih punya bahagian
untukku kecapi syahdu malam
lembutan dakapannya
menyejukkan perasaan
lalu ku tenang dan aman
dalam dampingannya?

-16 Jun 2019-

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2762657623784813&set=a.344595828924350&type=3

image

No comments:

Post a Comment