Monday, 30 March 2020

Puisi - 102

mereka yang ku panggil
kenalan masa lapang sahaja,
atau kawan-kawan biasa
mereka semua inilah
penyejuk lubuk jiwaku
penyegar ruang waktuku,
saatku kenang mereka,
saatku bertemu mereka

tetapi mereka yang aku
kerahkan komitmenku.
seluruh lelah penatku,
mereka tidak begitu hargai
mahupun benar-benar peduli
mereka yang ku laburkan
perasaan mendalamku untuknya,
mereka khianati perasaanku
mereka berpaling muka
meninggalkan aku sejauh-jauhnya…

ku titipkan puisi ini pun
mereka tidak akan baca
dan mereka tidak mahu fahami
orang yang jauh
dari perhubunganku pula
yang mendengar tangisanku,
menenangkan pecah kecamukku
aneh sekali…..
sungguh menghairankan..
aku kebingungan
dalam duka berdarah…

-20 Jun 2019-

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2770300966353812&set=a.2757473420969900&type=3&theater

image

No comments:

Post a Comment