dalam jagaku,
aku terkenang di kau,
kekasih yang ku rindu,
sang kasturi yang harum,
mengelilingi aku,
mendakap jiwaku,
hingga hatiku rebah ke bumi,
meruntun kasih yang penuh beban,
hingga angkuhku luntur dan lebur,
dalam senyumanmu yang penuh seri,
hai kekasihku yang menjadi mimpi lenaku,
di tanah yang kita semadikan sini…
adalah segala cerita antara kita berdua,
hiasilah dengan kegembiraan dan kebahagiaan,
kerana itulah diari yang paling ulung,
mewarnai kehidupan yang istimewa ini…
coretkan dalam mindamu…
bahawa aku sudah berputus asa untuk kehidupan ini…
dan aku akan menjadi kepulanganmu…
-10 November 2014-
https://www.facebook.com/mazurka.martillo/posts/833484320035496

No comments:
Post a Comment