Monday, 30 March 2020

My last word untuk isu wahabi’s epidemic, ahbash’s pandemic dan demic-demic yang berkaitan.

a) Tidak perlu libatkan aku lagi, terutamanya kawan lama seperjuangan. Aku takkan masuk campur. Banyak daripadanya buang masa je dan menghalang progres ilmu. Korang gaduh lah puas-puas sampai mati. Aku tak peduli lagi dah. Semua page yang melalak pasal tu, aku akan unlike. Group yang semak dengan benda tu, aku leave. Friend yang dok sibuk sangat pasal tu (tambah lagi suka tag aku untuk masuk ke perbalahan tu), aku purge. Kalau aku rasa aku ada mood je baru aku bersilat kat sana.

b) Aku takkan nak debat dan berbalah dengan mereka yang jahil bahasa Arab. Maaflah, bukan nak poyo dan tak ada lah aku nak kata aku ni pandai. Tapi, sekurang-kurangnya yakinkan aku atau sesiapa yang lain bahawa kau cukup persediaan ilmu, kelengkapan dan bekalan untuk berargumentasi. Daripada sibuk nak cari pasal dengan orang lain, lebih baik perdalamkan dan mantapkan ilmu asas dulu. Sebelum nak londehkan aib orang, perbaiki diri dulu. Takan ada siapa2 nafi seseorang itu takkan ke new level ilmu kalau tak pandai bahasa Arab. So, nak duduk di takuk sama lagi, tapi masih berani nak langkau lebih?

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2871525609564680&set=pb.100001218067654.-2207520000.1566229701.&type=3&theater

image

No comments:

Post a Comment