Monday, 30 March 2020

Kawan Facebook yang dah tak aktif. Ada yang meringkuk dalam penjara, ada yang sudah meninggal dunia, ada yang kerana memasuki alam rumah tangga, ada yang sudah terlantar sakit (selalunya orang yang tua), ada yang kerana menanggung kesusahan hidup, lalu dengan sebab itu dia tak dapat aktif lagi untuk survival, ada yang sibuk dengan kehidupan luar sehingga sudah tidak mahu sentuh Facebook lagi, ada yang sebab lebih suka menggunakan Instagram dan Twitter, ada yang sudah malas dan tak tau nak buat apa dengan Facebook. Macam-macam lagi.

Aku seperti Hideyoshi Nagachika, memandang hiba Kaneki Ken perlahan-lahan menjauhkan dirinya dan semakin rapat dengan sahabat di Anteiku. Barulah aku tahu betapa peritnya menjadi orang yang semakin lama semakin dilupakan. Seperti Kazuha yang telah dilupakan oleh Tomoko. 30 tahun telah berlalu, masihkah si Tomoko mengingati Kazuha walau untuk sesaat? Sesudah matinya Kazuha dan mekarnya bunga sakura, adakah Tomoko akan teringatkannya apabila menatapnya? Apa pula akan jadi tatkala Hiyori terlupakan Yato dan Yukine? Duhai! Janganlah sampai mereka berdua menangisi lagi.

image

Bila kenang semula, banyak juga aku korban kenangan masa lepas. Sengaja aku buang dan tidak mahu teringatkannya. Kadangkala, bila ditanya apa yang ada tempat ini? Aku telah banyak terlupakannya. Suka dan dukanya. Kalau dapat filemkan apa yang aku ingat, mungkin tak tersisa untuk 20 saat pun lamanya. Oh, adakah ini “karma” akibat apa yang aku korbankannya?

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2516786591705252&set=a.2757685990948643&type=3&theater

No comments:

Post a Comment