Tuesday, 12 June 2012

Mengapa Dajjal Tidak Disebutkan Secara Langsung Di Dalam al-Quran?

Soalan :

Sesetengah orang bertanya mengapakah Ad-Dajjal tidak disebutkan di dalam al-Quran di sebalik ia melakukan kejahatan, kekejian, mengaku diri sebagai Tuhan (walaupun jelas ia berdusta dan mereka-reka) dan semua Nabi telah memberi amaran terhadapnya?

Jawapan :

Ad-Dajjal dinyatakan di dalam al-Quran,

Pertama : Firman Allah SWT di dalam Surah al-An'am (6) ayat 158


يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لَا يَنفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِن قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا ۗ قُلِ انتَظِرُوا إِنَّا مُنتَظِرُونَ

"....Pada hari datangnya ayat dari Tuhanmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya, katakanlah : Tunggulah olehmu sesungguhnya Kami pun menunggu (pula)"

Dalam menafsirkan ayat ini, Imam At-Tirmizi meriwayatkan di atas autoriti Abu Hurairah RA yang berkata bahawa Rasulullah SAW bersabada : "Apabila tiga perkara muncul tidak akan bermanfaat keimanan seseorang yang tidak beriman sebelumnya atau mendapatkan kebaikan dan keimanannya. Ad-Dajjal, Daabatul Ardhi (binatang di melata Bumi) dan terbitnya matahari dari sebelah barat". [Hadis Riwayat Imam Muslim (158) dan Imam At-Tirmizi (3072), beliau mengatakan hadis ini hasan sahih]

Kedua : Isa Ibnu Maryam akan turun dari langit dan akan membunuh Ad-Dajjal. Penurunannya disebutkan di dalam al-Quran sebagaimana Allah SWT terangkan di dalam Surah an-Nisa' ayat 157 :

 وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّـهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَـٰكِن شُبِّهَ لَهُمْ ۚ وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِيهِ لَفِي شَكٍّ مِّنْهُ ۚ مَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِلَّا اتِّبَاعَ الظَّنِّ ۚ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينًا

"Dan kerana ucapan mereka : 'Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa putera Maryam, Rasul Allah', padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dari (kalangan) mereka (yakni orang lain yang diserupakan dengan Nabi Isa AS). Sesunguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Nabi Isa AS benar-benar dalam keraguan tentang siapa yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin yang mereka bunuh itu (adalah Nabi Isa AS)."



Firman Allah SWT di dalam Surah an-Nisa' (3) ayat 158-159 :

بَل رَّفَعَهُ اللَّـهُ إِلَيْهِ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ عَزِيزًا حَكِيمًا ﴿١٥٨﴾ وَإِن مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلَّا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ مَوْتِهِ ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا

"Bahkan Allah telah mengangkatnya (Nabi Isa AS) ke hadarat-Nya, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Tidak ada seorang pun di antara ahli kitab yang tidak beriman kepadanya (Nabi Isa AS) sebelum kematiannya, pada hari kiamat dia (Nabi ISA AS) akan menjadi saksi mereka".

Ibnu Kathir menyatakan pentafsiran al-Quran ini bahawa gantimana firman Allah SWT "sebelum kematiannya" merujuk kepada Nabi Isa AS. Ia akan turut ke bumi, ahli kitab yang sangat berbeza pandangan tentang beliau akan mempercayainya, sebagaimana mereka yang mendakwa bahawa beliau adalah Tuhan (Na'uzubillahi min zalik) seperti orang Nasrani dan mereka yang menyatakan bahawa beliau adalah anak luar nikah (anak haram), seperti Yahudi.

Apabila beliau turun sebelum hari kiamat, kedua belah pihak, Kristian dan Yahudi, akan menjadi pasti bahawa betapa palsunya dakwaan rekaan mereka. Hasilnya penyebutan penurunan Nabi Isa 'Alaihissalam, merujuk kepada secara tidak boleh dielakkan Dajjal yang akan bertentangan dengan utusan petunjuk Nabi Isa AS.

Ketiga : Ad-Dajjal tidak disebutkan secara zahirnya dalam al-Quran kerana ia adalah rendah dan sangat menjijikkan kerana ia mendakwa dirinya Tuhan, dan ia mengetahui bahawa ia manusia biasa, yang tidak bertepatan dengan sifat Tuhan Yang Maha Agung, Maha Besar dan Maha Suci. Jadi, sememangnyalah ia tidak layak disebutkan di dalam al-Quran oleh Allah SWt.

Namun, Rasulullah SAW menjelaskan perbuatannya dan memberi amaran kepada manusia dari ujiannya yang menyesatkan dan fenomenanya yang mengajaibkan. Allah SWT sangat puas dengan hanya mewahyukan kepada para Nabi-Nya. Jika seorang berkata, "Firaun juga disebutkan di dalam al-Quran, walaupun ia mendakwa dirinya Tuhan apabila ia berkata :

فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ

"Maka berkatalah (dia) : Aku adalah Tuhanmu Yang Maha Tinggi" (Surah an-Nazi'at : 24)

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُم مِّنْ إِلَـٰهٍ غَيْرِ

"Dan berkatalah Firaun : Wahai pembesar-pembesar! Tiada tuhan yang aku ketahui buat kamu melainkan diriku..." (Surah al-Qasas : 38)

Jawapan kita adalah kes Firaun adalah bertempoh dan peninpuannya adalah jelas kepada setiap mukmin yang bijak, tetapi kes ad-Dajjal akan muncul dan ia akan menjadi fitnah dan ujian dan cubaan bagi hamba-hamba, jadi, ia tidak disebutkan dalam al-Quran disebabkan kebencian dan sebagai ujian bagi semua manusia.

Keempat : Sesuatu perkara yang ditinggalkan oleh kerana iadalah jelas, ini kerana kes kita, perkara ini terlalu jelas untuk disebutkan dalam al-Quran.

Wallahua'lam.

Jawapan dipetik dalam buku "Ad-Dajjal : Si Nabi Palsu - Sumber Kekufuran dan Kepalsuan", karangan al-Hafiz Ibnu Katsir, Ditahkiq dan Disahihkan oleh Abu Muhammad Isaam Ibnu Mar'ie, diterjemahkan oleh Abu Abdul Rahman Radhi al-Khudri, cetakan pertama 2005, diterbitkan oleh Klang Book Centre (KBC) m/s 68-73.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...